Kerjaya kelab Jonathan_Tah

Tah memulakan kerjayanya di Altona 93. Seterusnya beliau sertai SC Concordia sebelum berpindah ke Hamburger SV. Pada 4 Ogos 2013, Tah melakukan penampilan pertamanya untuk Hamburger SV pada perlawanan Piala DFB menentang SV Schott Jena. Beliau kemudian melakukan penampilan sulungnya di Bundesliga pada 21 September 2013 ketika tewas 2-0 kepada Werder Bremen.

Pada 1 September 2014, beliau dipinjam ke Fortuna Düsseldorf selama setahun. Pada 15 Julai 2015, beliau menandatangani kontrak lima tahun bersama Bayer Leverkusen.